Saturday, April 30, 2011

Lawakwei Today - 2 beranak hilangkan tiket loteri bernilai RM24 juta

Kejadian berlaku di utah, USA bila seorang ibu dan anak yang hidup melarat dan mengalami masalah kewangan yang serius telah memenangi sebuah loteri dengan hadiah yang mencecar RM24 juta ringgit, kerana menyedari betapa bernilainya kemenanan tersebut kepada mereka yang hidup melarat, dua beranak ini telah memutuskan untuk membeli sebuah Peti keselamatan yang kalis api untuk melindungi tiket loteri tersebut. Untuk menuntut hadiah kemenanagan tersebut dua beranak ini telah memandu sejauh hampir 500 kilometer untuk menyerahkan tiket tersebut di ibu pejabat Syarikat Loteri tersebut. Sebaik sahaja tiba di pejabat loteri tersebut, dua beranak ini menyedari yang mereka telah kehilangan tiket tersebut kerana Peti Keselamatan yang melindungi tiket tersebut telah ghaib dari dalam bonet kereta mereka. Sebenarnya lantai di dalam kereta usang yang mereka gunakan telah runtuh semasa dalam perjalanan dan menghilangkan tiket loteri yang telah di over protect itu.. Lantai yang reput itu di lindungi oleh karpet menyebabkan mereka tidak sedar yang lantai itu terlalu usang. Dua beranak ini menangis selama sejam di atas jalan raya di hadapan ibu pejabat loteri namun tidak ada apa yang dapat pihak pengurusan loteri dapat lakukan... kesiann...
(gambar kereta dan lantai reput didalam)


Lawakwei Today - Mangkuk Tandas bernilai RM20 ribu

Kepada peminat gadget canggih, ini ada satu lagi benda canggih yang patut masuk ke senarai must have korang, toilet ultra moden dengan spec yang menggoncang jiwa. pasti menjadi bualan jiran jiran dengan kehadiran tandas yang comel ini. Jenama tandas ini adalah Kohler Numi
(lagi cerita di dalam)

Kohler Numi




Lawakwei Today - Maharaja lawak Jozan

Carta my Favorite Maharaja lawak untuk minggu ini.. hanya Jozan yang berjaya menaiki tahkta...
(minggu ke 5)


Friday, April 29, 2011

Lawakwei Today - Alien sebenar ditemui

Mayat alien ini telah di temui di Russia menjadi isu hangat disanana,, mayat alien yang di percayai perempuan ini di temui tertimbus dalam timbunan salji dan dalam keadaan cedera dengan kehilangan beberapa bahagian anggota badan. Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis di sana medapati alien ini adalah ciptaan  2 remaja berusia 18 dan 19 tahun yang menggunakan kulit ayam sebagai kulit luaran. Hmm.. bakat ni boleh bawak ke sini ni.. kerja dengan produksi2 drama kita yang kadang2 buat hantu macam bapok pakai bedak ja rupanya..







Lawakwei Today - Pesta Air Sonkran Antarabangsa

Sonkran adalah pesta air yang di sambut di negara jiran kita iaitu Thailand sebagai menandakan tahun baru mengikut kalendar mereka. Tapi macam mana pulak kalau orang dari barat sambut sonkran.. jom kita tengok diorang punya pesta air.. tabahkan iman ye.. pesan siap siap.



Thursday, April 28, 2011

Lawakwei Today - Bangunan pelik, Dancing Water Pavilion

bangunan ni kelihatan pelis sebab menggunakan rekaan organik yang sangat kompleks tapi cantik. Kelihatan Pavilion ini seolah olah di bina oleh serangga. Pavilion ini berfungsi sebagai tempat riadah yang berkonsep terbuka.. sangat memukau mata dan akan di bina di bandar Soul.. tempat cerita cerita sedih tu..
(lagi gambar di dalam)





Lawakwei Today - KLON Angelina jolie

Wednesday, April 27, 2011

Lawakwei Today - Ulang tahun Coca cola yang ke125 tahun

Coca Cola telah menginjak usia tua iaitu 125 tahun.. What? maknanya zaman moyang2 kita duk bercucuk tanam dulu dan duk angkat senjata lawan Gabenor British dulu Coca cola ni dah ada.. huuuu...Percaya atau tidak, Coca cola ni lagi tua dari Tunku Abdul Rahman dan Pramlee dan Henry Gurney, seorang warga british yang datang mentadbir secara tidak sah negara kita.
 
bersempena ulang tahunnya ini, keluaran khas telah di keluarkan dan rekaan Coca cola sempena ulang tahun yang ke 125 ini di reka oleh firma pengiklanan Bulletproof. Mengenengahkan tema minimalis dan heritage. hasil yang cukup cantik... tak pasti akan di jual di pasaran Malaysia atau tak.

(lagi gambar didalam)


Lawakwei Today - Gambar bogel PART 2

Gambar gambar terlebih seksi bahagian dua.. tengok lah. jgn malu malu
(lagi gambar didalam)


Lawakwei Today - Kung Fu Panda ditemui

Cuaca yang begitu sejuk di Ningbo, Zhejiang di mana salji telah turun. Seorang lelaki yangyang termasuk dalam kategori manusia genius lebih dari orang ini telah memutuskan untuk pakai baju panda ni untuk mendapatkan baju paling tebal yang menghalangnya kesejukan... macam ni pun ada..


Tuesday, April 26, 2011

Lawakwei Today - Katy Perry dan rakan rakan ketika kecil


Gambar diorang masa belum akil baligh..
(lagi gambar di dalam)


 
Katy Pery

Lawakwei Today - Lampu dari kabel elektrik

Rekaan lampu paling simple, di mana kabel letrik tu sendiri yang jadi shade dan body lamp.. hmpp...
nice dan kreatif design.
.
 (lagi gambar didalam)


Sunday, April 24, 2011

Lawakwei Today - Bra harga 6 Juta Ringgit Malaysia

Victoria secret telah mengeluarkan bra paling mahal didunia.. dengan nilai 2juta USD .. faak.. bra harga 2 juta usd? jom tengok.. mungkin boleh tinggal dalam bra tu .. mungkin boleh letak katil dan meja makan dalam bra tu jadi tak payah beli rumah? (lagi gambar di dalam, amaran.. gambar agak seksis, tak suka jangan bukak)

Lawakwei Today - Gambar bogel PART1

Siapakah yang bersalah dalam persoalan ini. Alam semula jadi kah.tukang ambik gambar kah. Apapun. tengok benda ni dari sudut positif la, its just a joke yaww... if its straight, its not joke..

(lagi gambar di dalam)



Saturday, April 23, 2011

Lawakwei Today - Maharaja lawak Jozan, Nabil, Jambu

MY fav. yang lain pun okay.. tapi untuk minggu ni.. 3 show ni superb. secara jujur. yeah..


 
Jozan

 
Jambu


Nabil

Lawakwei Today - Lelaki atau perempuan ?

Pada mulanya dia kelihatan macam perempuan cantik yang biasa.. tapi setelah separuh nyanyian.. sekali VTEC buka daa... apapun.. he is talented.. memang bakat dia hebat.  cuma kalau jadi artis nanti time anugerah nak calonkan kategori penyanyi wanita atau lelaki tu yang payah tu.. heeeeeeee



Friday, April 22, 2011

Lawakwei Today - Mariah Carey Versi Lelaki

Mariah Carey bila di lelakikan apa nak jadi.. mesti korang teringin nak tengok kan.. ha.. jom jom..


Lawakwei Today - Cara orang Genius Pindah Barang

Apabila orang orang cerdik melakukan kerja, mereka kurang menggunakan tenaga mereka. Tapi aset utama mereka adalah "BRAIN" mereka yang memang berbeza dengan manusia biasa. Mereka memang di lahirkan dengan keupayaan berfikir yang luar biasa. Ini adalah contoh terbaik apabila mereka berkerja.



Thursday, April 21, 2011

Lawakwei Today - Bila Binatang tak serius

Bila binatang pun dah pandai tak serius bila ambik gambar.. tren buat muka macam2 kini dah menular ke binatang, diorang pun pandai dah untuk wat muka tah apa apa bila amik gambar.. tak main la buat muka skema macam gambar kelas untuk masuk majalah sekolah tu.. jom tengok aksi diorang..




Wednesday, April 20, 2011

Lawakwei Today - Rahsia artis kelihatan sempurna

Artis sentiasa di lihat sempurna, orang perlis kata, jenih muka lincin takdak jerawat langsung... tudiaa..apapun, mereka adalah manusia biasa dan rahsia kejelitaan mereka adalah, skill photoshop yang tip top, dan make up yang amazing. Satu touchup atas muka. satu touchup atas skrin, so double barrel shotgun punya kerja.
(lagi gambar di dalam)


Tuesday, April 19, 2011

Lawakwei Today - Office Facebook

Jom kita tengok office Facebook yang sebenar, sama tak dengan cerita Social Network yang menceritakan penubuhan facebook ni.
(lagi gambar di dalam)




Lawakwei Today - Iklan Nakal

Give back his dream? hahaha....lol


Lawakwei Today - Animated Gif yang paling cantik di dunia.

  Animated  GIF adalah gambar begerak yang pernah menjadi medium multimedia website di zaman zaman dial up dulu.. gambar dia pun lawak ja.. resolution out, gambar kecik dan animation yang terlompat2. Dulu personal website tak sah la kalau tak letak animated GIF ni.. Tapi zaman dah berubah, animated GIF pun dah mula jadi sangat hebat.. hmpp..







Laporan Asal : theCHIVE

Lawakwei Today - Logo Shut Down yang klasik.

Cepat betul masa tinggalkan kita.. logo shutdown ni pun dah lama berlalu sebenarnya.. tak sedar pun.



Lawakwei Today - Projek Sains yang lawak

Masa kecik2 dulu aku pernah mewakili negeri untuk Projek Sains, macam mana diorang bleh bagi aku tah.. kerja sekolah pun haram tak pernah hantar.. mungkin diorang nak sindir aku kot. Projek Sains ni kurang popular kat negara kita ni tapi femes la kalau kat skolah2 obersea ni.. nak melahirkan pelajar kreatif katanya.. tapi kreatif terlebih pun payah jugak.. jom saksikan..( lagi gambar di dalam )


Lawakwei Today - Menara berbentuk tangan di India

Menara unik ini bakal  di namakan menara Namaste dan terletak di India. Namaste sebenarnya adalah cara menyambut salam mesra tetamu oleh masyarakat india dengan meletakkan tangan di muka dengan rapat sebgai tanda menyambut tetamu atau rakan taulan.. Sebagai menghargai budaya mereka yang unik ini, sebuah sebuah bangunan yang di ilhamkan dari gesture namaste ini telah didirikan oleh W hotel di mana bangunan unik ini berbentuk seperti dua tangan dan menambah lagi keunikan bangunan ini.. seni kaligrafi india telah di terapkan secara ektensif di permukaan bangunan pencakar langit ini,hasilnya bangunan yang cantik dan penuh budaya.. ceewah. (lagi gambar di dalam)







Lawakwei Today - Volkswagen paling seksi

Volkswagen bagi aku adalah kereta yang skema yang aku tak tau macam mana nak hayati, ianya adalah mobiliti solution yang bertujuan untuk mengangkut manusia dari point A ke point B yang menjadi lagenda kerana jumlahnya yang banyak dan ketahan nya dab bentuk yang unik tapi bagi aku tak cantik.  macam orang la jugak, ada yang popular sebab berbakat dan jadi artis dan ada yang popular sebab banyak berbakti.  Aku bukan anti kereta lama. banyak yang aku minat tapi ini pendapat jujur aku untuk Volkswagen beetle.maaf ye pada peminat.Tapi Volkswagen di bawah ni adalah yang terbaik pernah aku jumpa.. seksi dan tegap.. hmppp.. i want one..(lagi gambar di dalam)



Monday, April 18, 2011

Lawakwei Today - Lawak Jepun, perempuan betukar jadi lelaki

Funny Prank.. Mula mula amik gambar perempuan, sekali lepas snap dah jadi lelaki tua 2 orang.. tgk dalam camera pun betul.. huu...sumpah confius..



Lawakwei Today - Bila artis botak

Artis artis yang telah di botak kan dengan cara digital.. hmpp..ada yang okay dan ada yang takle blah.. huu...  lu pikir la sendiri.. (lagi gambar di dalam)


Lawakwei Today - Cara Bijak bina tempat shuuu....

Cara bijak untuk bina tempat kencing di tandas awam. takdela sebelah menyebelah macam sekarang, cuak member snap gambar pun ada. tak tenang langsung...  idea ni simple ja.. meletakan tempat melepaskan hajat kecil selang menyelang dengan hajat besar, jadi ada private space secara tak langsung..dan taklah rasa macam kencing tepi jalan ja sebab open space tu besar sangat.




Sunday, April 17, 2011

Lawakwei Today - Puduraya berwajah Baru

Puduraya adalah sebuah tempat menunggu bas yang membuatkan kita terasa macam menunggu dalam market. kepadatan orang yang terlalu ramai, interior yang usang dan tak teratur sampai kita tak tahu yang mana satu cat yang mana satu comot. kebisingan yang mencecah lebih dari tahap selamat yang di benarkan JPJ dan kekotoran yang kelihatan berdaki di merata rata.. akhirnya telah di naik taraf.. dengan mengengahkan konsep modern dan minimalis. mana ada ukiran2 bunga kerawang ataupun tiang tiang roman, ataupun tema warna mengikut bendera wilayah persekutuan.. uhukksss.... jom kita tengok.( lagi gambar di dalam)



Lawakwei Today - Cara renovate paling jimat

Cara renovate yang paling jimat dan cepat. hahaha....(lagi gambar di dalam)


Saturday, April 16, 2011

Lawakwei Today -Sayur sayuran bergurau

Lawakwei Today - Cara membuat Quater Pounder

Cara cara menyedia kan Quater Pounder Mcdonald.


Lawakwei Today - Maharaja Lawak Jozan minggu ke 3

Lawakwei Today - 15 fact tentang lidah

Semua orang ada lidah, tapi lidah adalah antara bahagian badan yang paling kurang di ambil tahu, jadi untuk menghargai kerja keras lidah yang banyak berbakti kepada kita, mari kita lihat kisah tentangnya.. (info didalam)


My new tongue piercing by Rali ♥

Lawakwei Today - Game arcade versi Modern



Game arcade yang popular di sekitar tahun 80 kini di lahirkan kembali (incarnation). Di reka oleh pereka dari German, Meja Permainan Arcade adalah Game arcade yang paling stylish pernah di hasilkan.. Meja ni boleh di beli di link di bawah pada harga 3,299. USD, harga ini merangkumi cukai GST sebanyak 299.9USD.
Antara feuture Game arcade yang staill ini adalah, High definition LCD screen—89° viewing angle. High precision, aerospace grade controls. Space bass speaker system. 60 games pre-installed.
(more picture Inside)

Friday, April 15, 2011

Lawkwei Today - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - teaser promo

Buah tangan terbaru Mohd Khalid.. ngeeeehhhh....


Lawakwei Today - Moral : selalu bercakap benar (JOKE)




bob dan man telah tersesat di sebuah kawasan pendalaman dan kereta mereka rosak, setelah penat berjalan, Akhirnya mereka menemui sebuah Rumah yang besar dan mewah di dalam kawasan yang terjaga rapi. Akhirnya mereka mencuba nasib dengan mengetuk pintu rumah tersebut. Seorang wanita lewat 30an yang sangat cantik membuka pintu..

Man : Sebenarnya kereta kami rosak dan hari pun dah nak malam, kalau boleh kami nak       tumpang bermalam di sini..

Tuan Rumah : Oh.. kesian kamu berdua ni.. sebenarnya saya tak kisah kamu tumpang bermalam di rumah ni tapi saya ni seorang Janda dan rumah ni kosong, jadi tak manis kalau orang nampak.

Bob : Tak apalah. kalau tak boleh di dalam rumah, dalam bangsal tepi rumah tu pun jadilah.

Setelah hari siang mereka pun meninggalkan rumah itu dan mengucapkan terima kasik dekat perempuan cantik tu..

9 bulan kemudia man menerima satu surat yang mengejutkan dari tuan rumah yang diorang pernah tumpang tu. Man tekejut dan berlari lari mendapatkan bob.

Man : cakap betul2 bob. ada tak kau masuk senyap2 dalam rumah perempaun tu?

Bob : errr... ada man.. tapi aku malu nak bagitau kau...

Man : OOoo tak apalah.. tapi yang kau pegi guna nama aku tu kenapa...


Bob : Aku mintak maaf man, kau marah kat aku ke man,,,,

Man : Ooo tak lah.. sebab perempuan tu dah meninggal dan dia letak semua harta dia wasiat atas nama aku... :)

Lawakwei Today - Kucing paling malas didunia bahagian 2

Kali ni posing cute pulakk... (lagi gambar di dalam )


Lawakwei Today - Karya Agung Modern Architectural

Rumah ini di namakan Meis van der Rohe's Farnsworth House. Design& Build telah di lakukan pada tahun tahun 1945. Terletak 89km dari bandar Chicago di sebuah kawasan yang jauh dari bandar (kawasan terpencil la tu.)

Rumah ni boleh di katakan Bapa kepada rumah rumah modern yang menjadi trend masakini.. The timeless quality of this house is still regarded with reverent fascination by new generations of architects and designers around the world. Arkitek yang telah mencipta karya agung ini adalah encik Mies van der Rohe

Untuk pengetahuan koranggg... rumah ini telah di iktiraf sebagai Karya Agung dalam dunia senibina oleh pereka pereka bangunan seluruh dunia. Di iktiraf sebagai bangunan bersejarah (National Historic Landmark) oleh Amerika sarekat pada tahun 2006.. they are apreciate art so much.. hmppp...







Thursday, April 14, 2011

Lawakwei Today - Padah tersilap hantar E-mail





.
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.E-Mail itu telah sampai di sebuah rumah di Kedah di mana seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 5 May 2011


Subject : Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.


Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini. :-)



cerita asal : bayu senja from facebook..

Wednesday, April 13, 2011

Lawakwei Today - Jika lelaki tulis megazine untuk wanita

Boleh bayangkan sekiranya megazine untuk perempuan.. Inilah hasilnya..

 lagi di dalam

Lawakwei Today - Jiran 18sx

Marah dirinya di intip.. jiran ini telah melakukan sesuatu yang tak di duga.. (lagi gambar di dalam)


Post menarik dari blog blog lain yang di pilih khas untuk anda

tawaran hebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...